Produk Jus Diet Mate 5

Produk Diet Yang Terunggul. Ramai Yang Telah Berjaya Mendapatkan Berat Badan Ideal. Terbukti Berkesan !!

Produk DRII

Produk Kecantikan Kulit Wajah Yang Unggul Dan Terbukti Berkesan Dalam Tempoh Yang Singkat Untuk Merawat Serta Menghilangkan Jerawat Jeragat Dan Parut Serta Penyakit SLE

Produk DOC K

Rawat Sakit Sendi dan Tulang Doc K penemuan baru dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat. Pertama kali bertindak dengan 2 cara: (i). Menghilangkan kesakitan (ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak

Produk dRQ10

Dr rozmey terus cipta formulasi hebat untuk bantu pengguna yang alami masalah lemah jantung dan serangan stroke dengan dRQ10

Produk dR101

Jus minuman untuk kerehatan dan kesegaran minda, membantu kecergasan minda.Ramuan khas untuk mereka yang menghadapi masalah kurang daya fikiran,pelupa, tidak focus dan minda yang lesu.

Produk dR Betes

Formulasi ringkas memberikan penguna rasai kenyang dan mengaktifkan tahap guna gula serta guna pemanis yang tidak meningkatkan tahap gula dalam darah ternyata mampu menurunkan tahap guna dalam badan.mengaktifkan sel-sel pencrease untuk hasilkan insulin telah membantu menormlakan tahap gula dalam darah.

Produk Gain 5

Ia merupakan satu formulasi ajaib dari Dr Rozmey yang mampu menambah berat badan dan pertambahan otot2 badan dengan selamat dan sangat berkesan.. Gain 5 mampu mengaktifkan berjuta sel badan dan organ penting badan untuk berfungsi secara maksimum.

Produk dR Silky

Formulasi ajaib ini mengabungkan ramuan terpilih yang bertindak secara sinergi yang mampu memberikan bentuk badan dan kulit wanita. Kebolehan dR Silky membentuk pinggul dan payu dara memberikan keyakinan dan kepuasan pada wanita yang mampu miliki bentuk badan idaman.

Produk Kopi Espresso XY

Pertama Di Malaysia minuman hebat untuk lelaki yang ingin menikmati kehidupan seksual yang lebih nikmat serta panas dan selamat !!!

Pengasas

Pengasas
Hubungi Farid Sham 017-275 4645

24 Disember 2009

dR Rozmey ; JUS MATE 5 | FARID AKAN MONITOR ANDA !!!

FARIDSHAM SERVIS & MONITOR ANDA !!
Jika anda pernah mencuba pelbagai produk diet sebelum ini, tetapi gagal mendapat result yang diinginkan? mesti anda kecewakan?? Beli mahal2 then tak berhasil, mesti anda geram kan? Jangan takut !! farid faham perasaan anda kerana farid & wife pernah terkena banyak kali..
So, jika anda nekad untuk diet !! Call farid sekarang !! Farid akan datang untuk memberi info lengkap & tip2 untuk berjaya dalam diet ! dan farid akan monitor perkembangan diet anda selalu !! Lihat gambar di bawah sebagai bukti..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Membuat temujanji di rumah prospek di Kg Kelanang Banting. Macam parti pinggan mangkuk. Beramai-ramai nak diet dgn JM5 (8:15pm)

Temujanji dengan prospek di Cyberjaya (14/01/10 -10:15pm). Tepi jalan pun farid boleh timbang anda !!

Temujanji dengan prospek dari Sg Buloh (8:20pm). Farid memberi penerangan serta tips untuk diet dengan Jus Mate 5. Anda akan ditimbang sebelum memulakan program diet.

Membuat Temujanji Di Rumah Prospek Di Kota Damansara Pukul 9:20pm. FaridSham Servis Ke Rumah Anda !!

Monthly Monitoring : Kat Tempat Kerja Pun Farid Boleh Timbang Berat Anda !!
Lokasi: Putrajaya
1st Meeting : Farid Akan Beri Info Kepada Anda Dan Berat Sebelum Program Diet Bermula Akan DiAmbil. Lokasi Prospek Di Sri Cheeding Banting Selangor
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan Malu & Jangan Rendah Diri Dengan berat Anda Kerana Farid & Laili Senasib Seperti Anda !! Hubungi Farid Sekarang Di Talian 017-275 4645. Email Farid Ke faridsham2u@gmail.com

20 Disember 2009

dR Rozmey ; JUS DIET MATE 5 | Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol"

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" bab 1 Kami Berkenalan Pada Mei 2003

Perkenalan kami bermula pada Mei 2003, suatu hari aku membaca majalah URTV yang dibeli oleh adik aku.. ketika tengah membelek majalah tu, aku ternampak wajah laili dalam ruangan Member URTV.. aku sangat terpikat dengan senyuman laili yang sweet sangat.Bagi aku laili seorang yang fotogenik. Lalu aku pun mengambil kertas dan menulis surat perkenalan kepada laili..time tu takde no tel yang dapat aku contact dia dalam URTV melainkan alamat rumahnya.. Setelah siap merangka surat jiwang untuk laili, aku pun menyelitkan sekeping gambar sebagai salam perkenalan..Dalam hati tak tau sama ada laili nak reply atau tidak.. iyelah, mesti ramai peminat kan?? Hari berganti hari, aku terus menanti jawapan dari laili.. setiap hari aku akan memeriksa peti surat.. emm kosong jer!! Tapi kalau dah takdir takkan kemana, selang beberapa hari aku terima satu panggilan dari area Klang, aku dah dapat agak bahawa laili yang call aku..Merdu & manja suara laili.. aku terpesona seketika.. sungguh ! suara laili lembut & manja didalam telefon.. Sejak itu bermulalah titik-titik perkenalan aku dengan laili.. setiap hari kami akan bergayut berjam-jam didalam telefon,

Pelbagai topik yang dibualkan hingga isu jangan makan semut pun boleh layan.. aku memang seoarang yang suka menyakat !! laili pula seorang yang sering kena sakat tapi dia tak ambil pusing, so tele-conversation kita orang memang tak memboringkan.. sampai bunyi ayam berkokok barulah terhegeh-hegeh nak masuk tidur.Esok pagi mata bengkak macam bola pingpong.. (Aku tersenyum sendiri bila kenangkan saat itu). Setelah berkenalan beberapa minggu melalui telefon, aku mula tak sabar nak berjumpa laili, macamana agaknya rupa dia nih.. disebabkan aku berbadan besar & tinggi, so at least aku nak cari calon isteri yang lebih kurang tinggi la dgn aku.. tak la nampak pelik sangat kan? Badan besar ke kecik ker no hal, yang penting tinggi..

Suatu malam ketika sedang bergayut, aku pun mengoffer untuk berjumpa dengan laili, sebab aku tahu esok adalah off day dia, then dia fikir..lama jugak makcik ni fikir.. then dia jawab “ok,kalau awak nak jumpa dengan kita awak kena ambik kat rumah,bolehh?” . Aku pun jawab kenapa kena kat rumah? Kat tempat lain takkan tak boleh kot?? Jawab laili “ tak boleh, kena jumpa mak & abah kita dulu”..uwala!! macam zaman dolu-dolu pulak !! Aku malas nak mintak discount dengan laili lagi, jumpa orang tua pun jumpa lah! Yang penting dapat jumpa laili secara life!!

Esok pagi aku bangun awal dari biasa, aku cuci kereta dulu, polish tayar sampai berkilat, ialah nak jumpa laili untuk kali pertama.. arwah mak aku pelik jer tengok gelagat aku.. dah buang tebiat apa ker pagi2 cuci kereta!! Lepas siap cuci kereta , aku terus iron baju yang nak dipakai.. pukul 10 pagi aku keluar dari umah.. dari rumah aku hanya mengambil masa 30 minit untuk kerumah laili..(Dekat jer hik hik) ..

Masuk jer simpang Kg. Sijangkang, aku terpandang kuku jari tangan.. alamak hitam pulak..baru teringat maybe terkena polish tayar tadi kot! Aku pun mencari kedai runcit, nasib baik kat kampung ni kedai runcit semuanya lengkap. Aku beli pemotong kuku.. aku jalan kedepan sedikit hingga sampai masjid..then aku pun park kereta ..punya kelam kabut nak kpotong kuku, aku terpotong dengan kulitnye sekali..adoiii !! aku menyuruh diri aku cooll..”relaks farid..relaks..jgn menggelabah!”

Bila semua dah perfect..aku pun meneruskan perjalanan kerumah laili..mak aii, jauh kedalam rumah dia..ialah,nama pun jalan pusara..biasanyer kalau jalan pusara ni at the end of laa..masuk jer simpang jalan pusara aku pun mencri umah laili mengikut klu-klu yang diberikan.. aku rasa inilah rumahnyer.. tapi tak yakin.. so aku pun try kol laili.. alamak, baru aku teringat takde signal la.. terpaksa keluar balik kedepan sikit nak cari line telefon.. aku terus call laili bila dah dapat line, “ hello, boleh cakap dengan laili?”.. “Iye wak..kita nie..naper tak masuk? Mak kita kan tunggu kat luar tu”.. “O0o0, yang tadi ada makcik kat luar rumah tuu mak awak laa yer?” tanya ku..”Aha..tulah mak kita & umah kita” jawab laili ringkas...aku pun patah balik kerumah yang aku lalu tadi, sampai jer aku pun memberi salam.. gemuruh jantung aku jap! Tak pernah aku wat kerja macam ni seumur hidup aku..mak, abah & abang sulung laili menjemput kedatangan aku.. aku tenok kiri kanan, eh mana laili nie? Takkan nak biarkan aku duduk dgn abah & abang dia pulak?

So nak tak nak aku pun duduk lah bersembang dengan mereka.. aku pun blur sekejap nak sembang topik apa ek? First soalan aku, pakcik tak kerja hari ni?? Nak tau kenapa? Sebab aku ada nampak poster kapal kargo kat dinding rumah, laili pun cakap abah dia kerja westport..so dari soalan pertama itu aku berjaya create soalan pelik2 untuk dijawab oleh abah secara subjectif bukan objektif..

Agak lama jugak aku menginterview abah laili, akhirnya mak laili panggil aku turun sebab laili dah siap touch-up. Aku berdebar2 sebab nak lihat wajah laili untuk kali pertama..sebab dalam majalah URTV laili hanya memberi gambar separuh jerr.. Aku pun turun dan terlihat seorang wanita bert-shirt hitam & berseluar jeans..

Oh my God !! jujur aku katakan, itulah ayat yang terdetik dalam fikiran aku.. Besarnya!! pendek pulak tu.. rasa macam tak percaya bahawa didepan aku adalah laili.. Macamana nak buat ni? takkan nak cabut lari.. aku pun buat biasa jer..selepas dapat green light dari orang tua laili, aku pun ajak laili keluar .Bukannye apa, sebab aku punye target nak cari yang tinggi supaya tak nampak pelik. Tapi Allah swt maha kuasa,tak semua keinginan kita akan ditunaikan. .

Dalam kereta laili banyak mendiamkan diri, kononnya malu lah tu..aku tanye kat laili, “wak..wak nak kemana kita nie?” dia pun dengan malu-malu kucing menjawab ikut suka awak lah? Awak nak pegi shopping tak? Dia jawab “taknak lah..bosan.. Dahlah kerja kat shopping complex,takkan nak dating pun kat shopping kompleks gak?..iyer tak yer jugak..So, first date kami ke Putrajaya,time tu baru bukak lagi, so kami lepak kat tepi tasik sambil bersembang dan menikmati pemandangan yang indah..Tapi sebelum tu kita orang sempat makan Mc D kat Tesco Puchong..

Aku sebenarnya tak berapa suka lepak kat outside ni, panas! kepala aku mesti sakit berdenyut2.. tapi nak jaga hati terpaksa laa!! dalam hati aku berbisik, ok gak dia ni. boleh layan lawak2 bodoh aku.. so, semenjak itu aku dan laili pun hilang bila dapat duduk bersembang dengan laili.. kadang2 boleh makan 3 jam kami bersembang, tak terasa waktu berlalu..

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" bab 2 Kami Bertunang Pada Januari 2005

Sepanjang tempoh perkenalan kami, aku diduga dengat hebat.. Bisnes aku lingkup & aku menanggung hutang yang banyak.. Cash kat tangan pun dah kering. Nak makan burger RM1.70 pun aku tak mampu.. Aku betul2 tertekan. Nak memulakan sesuatu bisnes perlu kan modal yang besar. Tapi kat mana nak cari modal sedangkan hutang keliling pinggang..

Selagi boleh aku cuba sorokkan problem dari pengetahuan laili kerana aku tak mahu laili runsing memikirkan masalah yang aku hadapi..Seringkali aku menolak pelawaan laili untuk berjumpa, pelbagai alasan aku berikan , sehinggakan laili beranggapan aku dah mula membenci dirinya.. Sedangkan hakikat yang sebenarnya aku tak ada duit ! ialah, nak makan, nak tengok wayang, nak isi minyak..semua tu perlukan kos kan? Tetapi aku tak boleh membohongi diri aku,aku sangat merindui laili..

Satu hari aku keluar dengan laili, kami lepak kat kedai makan.. aku membisu seribu bahasa. Laili perasan dengan perubahan sikap aku. Jika selama ini ada saje benda nak aku cerita , hingga laili tak kering gusi mendengar lawak dari aku..

Aku pun memberitahu perkara sebenar.. dia menjadi pendengar setia aku.. rasa lapang sikit jiwa aku.. Esoknya dia telefon aku, katanya dia boleh membantu aku.. aku tanya macam mana? dia kata dia nak apply loan bank rakyat. Aku rasa terkejut sangat sebab aku dengan dia hanya bercinta dan tiada ikatan apa2 lagi.. aku betul2 terharu dengan kepercayaan dia kat aku..

Aku dapat rasakan bahawa dialah cinta aku untuk susah senang bersama..kerana peristiwa inilah aku terus melamar dia & kami pun bertunang.Kesian aku tengok laili, baju tunang hanya tempah dengan tukang jahit kampung,memang sempoi sangat2,dia malu nak pegi buat kat butik takut orang gelakkan dia, aku tak boleh buat apa2 kerana segala persiapan pertunangan ini laili sendiri uruskan tanpa campurtangan aku..

Aku berjanji dalam diri yang aku akan berikhtiar untuk bangkit semula agar dapat mencari duit untuk majlis perkahwinan kami nanti.

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" bab 3 Kami Kahwin Pada Jun 2005
Kami mengikat tali pertunangan hanya lebih kurang 5 bulan, dalam tempoh tersebut banyak perkara perlu disediakan. Kami terpaksa menempah baju nikah, malam berinai & baju sanding kat butik.. Sebab baju yang ada untuk disewa tidak mempunyai saiz XXXL..
Cuba bayangkan kami akan bernikah pada hujung bulan 5, sedangkan hujung bulan tiga aku terbang ke pakistan untuk uruskan perkahwinan kakak aku disana.. laili risau betul waktu.. Baju kahwin semua belum tempah. Hantaran pun belum gubah. Aku beritahu laili tunggu sehingga aku balik dari pakistan & aku akan uruskan semuanya..Itu janji aku..
Tapi laili berkeras nak tempah baju kat tukang jahit kampung saje.. sebab kos jauh lebih murah.. tapi aku melarang. Sebab perkahwinan adalah sekali dalam hidup. Aku ingin mengabdikan yang terbaik buat kami berdua. Aku nak laili nampak cantik & perfect pada hari persandingan nanti.. Kami ke Euromoda untuk beli kain ela untuk baju nikah, malam berinai,baju sanding & baju dinner.
Then aku bawak laili ke butik untuk ambil ukuran badan. Nasib baik dia masih nak terima tempahan sedangkan tarikh bahagia kami tinggal sebulan sahaja lagi!..Butik ni memang hebat dalam menghasilkan rekaan untuk orang bersaiz besar...Memang lucu melihat laili ketika taylor ambil ukuran badan,merah muka dia..tapi akak tu sporting sangat!! Rabak juga lah poket kami nak bayar kos jahit kat butik tu.. iyelah, labuci bersepah sana sini..korset pun tempah jugak, baju melayu aku 3 pasang pun tempah siap sulam manik..Nasib-nasib, tapi aku betul2 puas hati kerana impian aku tercapai !!
Tapi syukur, semua sudah selesai dan aku boleh fokus tentang masa depan dengan tenang.. Tak perlu nak berbelanja banyak nak dating ker apa ker. Hari2 dah jumpakan.. Namun ada juga mereka2 berbisik kenapa aku memilih isteri XXXL,katanya tak padan sebab aku ni ada rupa kononnya..
Tapi aku ignore jer.. bagi aku paras rupa jatuh no 2, jika besar boleh kurus.. tak lawa, boleh make up.. tapi kalau hati tak serasi tak leh nak bentuk lagi.. bagi aku laili adalah penenang jiwa aku.. aku happy hidup dengan dia.. sekarang usia perkahwinan kami sudah mencecah 4 tahun, walaupun belum ada rezeki untuk mempunyai anak.. aku tak kisah sebab rasa macam baru semalam kami bersanding.. Masih Honeymoon...
Kini, aku giat mempromosikan HPM kepada kengkawan supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih ceria.. Isteri ku sudah turun 11kg dlm 8 minggu.. dan dalam usaha untuk menurunkan lagi berat badan dia yang selama ini menjadi batal tidur malam ku.. he he.
Aku telah mendapat komisen HPM pertama untuk sales bulan 7..alhamdullilah sangat2.. at least dapat aku guna duit tu untuk beli jus mate untuk isteri ku.. save budget.. Kepada mereka yang nak turunkan berat badan jangan takut tentang budget, kerana bila dah turun 5 kg, mesti ada kawan yang tegur perubahan kita kan? so promosi kat mereka pulak.. kan dapat UNTUNG..
Kepada isteriku, abang alwayz love u .. abang harap ayang takkan lupakan lelaki ii yang mencintai diri ayang sepenuh hati sekiranya ayang kurus & langsing kelak !!
Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" bab 4 Syukur PadaMu Ya Allah, Baru Minum Jus 2 Bulan Lebih,Laili Mengandung!
Syawal tahun ini membawa banyak erti kepada diriku & laili.. segala perancangan sepanjang syawal berjalan dengan teratur mengikut plan.. Aku bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa penuh sebulan .. Laili pun cukup sebulan... aku heran kerana period dia dah delay.Lepas tu laili suka sangat makan benda masam, anggur hijau, apple hijau, laksa, asam keping, jeruk2.. pernah sekali tu dia beli jeruk banyak giler.. aku pun hairan, mengandung ker?? dalam diam aku pergi ke farmasi untuk membeli pregnancy test..
Sampai rumah aku bagi laili..dia terkejut !! aku cakap try laa,manalah tahu memang ada.. tapi aku suruh dia buat test pagi2 esok..pagi tu dalam pukul 6.20 pagi laili kejut aku.. "Bang..Bang..bangun.." aku tanye kenapa? dia tunjuk alat test tu kat aku, ada 2 line.. Ya Allah !! terus celik mata aku.. macam mimpi, aku terus peluk laili erat2 !! Syukur Ya Allah!!
Sebelah malam aku bawa laili Untuk Berjumpa Doktor Kegemarannya, Klinik Riki Baba.. dan kami buat sekali lagi pregnancy test, adik nurse yang buat test tu sampai sebut YES!! bila tengok ada 2 line..Nampak gaya aku akan jadi ayah tak lama lagi.. dan laili tak boleh minum jus diet lagi sebab mengandung.. maybe berat laili akan naik kerana hamil.. tapi aku tak kisah semua tu.. Yang penting penantian kami selama 4 tahun berakhir, Syukur Ya Allah & terima kasih jus mate!!
Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" Bab 5
Alhamdulillah, Usia kandungan kini 4 bulan setengah.
Dalam diam aku tak sedar bahawa usia kandungan laili kini mencecah 4 bulan setengah. Maknanya ada lagi ±5 bulan untuk aku menyiapkan fizikal & mental aku untuk menyambut orang baru dalam kehidupan kami. Aku ingin berkongsi sikit pengalaman aku bersama laili diawal tempoh mengandung nie.. jika sebelum ini aku tak percaya bahawa orang lelaki boleh mengidam yang biasanya dialami oleh orang wanita ni..
Korang nak tau, laili hadapi morning sickness yang agak teruk.. boleh dikatakan sering kali MC kerana loya & mabuk. Aku memang suspens. Kalau tak pagi, sebelah malam pun dia kena juga.. Adoi, cian aku tengok laili ni hah.. muka dia pun mcm tak berseri, nak make up pun malas. Dulu dia suka makan ayam goreng.. tapi la ni, tengok ayam pun dia tak nak !! aku la tukang habiskan ayam KFC dia.
Kadang-kadang aku macam tak percaya, iye ke dia ni mabuk or sajer nak ponteng kerja? laili punye hangin, " Hah abang cakap senang jer.. orang laki tau buat jer? cubalah try rasa mengandung tu macam mana? elleh".. aik dia marah pulak..
Tapi tuhan maha kuasa, dia cuba menduga aku pula.. aku mula suka makan yang manis-manis, kalau dulu aku tak suka kek dan makanan yang manis2.. tapi sekarang aku sangat suka manis.. bila ada kek kat majlis harijadi ker, kat kedai ker.. aku sangat teruja nak makan kek tuu.. emm lazattt!! kalau dulu aku suka minum teh o ais limau.. tapi kini aku minum teh ais manis susu lebih! pak mertua aku bising kat aku, jgn minum manis2, nanti kena kencing manis.. dalam hati aku jawab iyolah..
Nasib baik semua tu tak berlarutan, kini semua kembali normal, laili pun dah tak mabuk2 & now sangat suka make up, melawa jer kerjanya.. ada ker beli bulu mata palsu semata-mata nak pergi kenduri kahwin kawannya! padahal bulu mata original dia pun dah panjang.. buang tebiat apa ker.. Emm lantaklah.. janji dia hepi..
Sekarang laili kena pergi ambil tekanan darah 2 kali setiap minggu.. sebabnya tekanan darah laili agak tinggi.. ciannya dia..hari pertama buka buku merah, aku pegi temankan laili ke klinik desa lebih kurang 5 min dari umah aku..lama jugak nak tunggu laili habis check up.. sambil boring2 tu sempat la access FB.. access internet laa. tapi tak siap2 jugak huh!
Aku berharap bayi dlm kandungan laili akan membesar dgn sihat dan selamat dilahirkan bila sudah cukup bulan dengan sempurna & cukup sifat serta sihat tubuh badan.
Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" Bab 6
Keluar Kereta Baru
Tahun 2010 nie bagi aku adalah tahun murah rezeki. Alhamdulillah kerjaya aku di kilang nampak stabil, bos aku baru jer bagi bonus & increament sebelum Gong Xi Fa Cai baru-baru ni.. then bisnes-bisnes yang aku buat pun menampakkan hasil yang memberansangkan. Syukur sangat2 pada Allah Swt kerana mempermudahkan segala urusan harian ku & memurahkan rezeki kepada ku. Agaknya inilah yang orang kata rezeki anak.
Untuk melancarkan aktiviti bisnes aku setiap hari aku telah menempah Proton Pesona untuk kegunaan ku, bukannya apa besar sikit bonetnya nak bawa barang lagipun nanti lau ada baby senang la nak masuk strolley dalam bonet.. Mula2 ingat nak amik Exora, tapi terlebih besar pulak untuk kami yang baru nak masuk 3 beranak. So nanti-nanti lah.. tunggu anak dah 3 orang baru sesuai amik MPV. Lagipun mahal benor..
So far bagi aku PESONA sedap mata memandang, design dia memang aku suka since dia launch dulu.. smart & steady !! then interior dia memang mewah bagi kelas kereta bawah RM55K nie.. friendly users, semua butang2 senang nak control oleh driver..
Kedap bunyi dari luar, dan memandunya pun seronok.. sit dia support belakang pinggang dengan kemas, tak meletihkan kalau long distance driving, bonet dia memang besar sangat2, orang pun boleh baring dalam tu..allahh, kalau dah suka semua nak di puji.. entahlarr.. aku memang minat giler dgn pesona nie..
Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" Bab 7
Usia Kandungan laili Masuk 8 Bulan Dah...
Cepat juga masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk 8 bulan rupanya.. alhamdulilah kesihatan laili pun bagus, cergas & masih aktif.. tekanan darah tinggi normal, gula dlm darah pun cantik, kencing pun takde kotor & takde kuman.. aku harap-harap dia dapat bersalin normal.. tapi memang respek dengan sipirulina nie.. disebabkan laili di kategorikan sebagai berisiko oleh doktor yang monitor dia kerana faktor size, aku belikan sipirulina untuk laili. dan aku tak galakkan dia minum air manis & ambil makanan yang manis serta masin.
Alhamdulilah doktor pun puji dia, sebab semuanya under control & below border line.. jadi aku memang sarankan kepada ibu-ibu mengandung or bakal ibu, ambillah sipirulina ketika hamil.. memang elok untuk si ibu & baby dalam kandungan..aku harap satu hari nanti HPM akan kuarkan produk sipirulina nie.. baru berbaloi beli, makan sendiri pun dapat komisen yer tak..
Segala persiapan untuk baby pun aku dan laili dah siapkan, aku minta nasihat kat kakak aku barang apa yang patut beli sekarang nie, so macam-macam lah barang yang kena beli rupanya.. memang excited time shopping barang baby nie kan? semua nya comel & cute2.. geram betul.. rasa nak borong semua.. tapi laili cepat penat..cian bini abang nie..sekarang aku tengah merancang nak tukar susun atur bilik tidur supaya boleh letak katil baby & rak untuk tukar lampin & buat susu malam2.. takyah nak kuar bilik.

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" Bab 8

Laili Teringin Nak Petik Strawberry.. Uwallaaa

Baru-baru nie aku membawa laili pergi ke Cameron highland, aku bawa sekali mak mertua aku yang memang kaki jalan, makcik laili yang memang cukup meriah bila bersembang dengan anak nyer sekali.. bukan apa at least syok sikit kalau pegi ramai-ramai nie.. tak boring sangat. Dalam kereta dia org nie boleh buat teman aku memandu.. laili biasanya membuta dalam kereta.

Kalau korang nak tau, laili mulanya bagitau yang dia teringin makan strawbery.. aku cakap ok lah,nanti beli kat jusco..dia kata taknak, dia nak petik sendiri kat pokoknya .. alamak!! itu kena pegi farm laaa.. memang tak jauh cuma perut dia dah makin besar, boleh ker jalan jauh nie.. takut baby dlm perut buat hal pulak.. itu yang aku bawak mak mertua tu..at least ada penasihat.

Memang seronok pegi cameron nie.. mak mertua aku excited beb.. walaupun sebelah kaki dah potong sebab kencing manis, tapi semangat dia kuat giler.. baru sebulan potong kaki dia dah ikut aku pergi kulim kedah, sekarang ikut pegi cameron pulak.. tapi wheel chair ada bawak sekali,senang nak sorong dia petik stawbery & shopping kat atas nanti..nanti bila dah dapat kaki palsu lagi ligat org tua ni aku rasa.. mak mertua aku nie memang sporting & sekepala dengan aku, kalau gelak dalam kereta, boleh pecah gegendang telinga keh keh keh.

Dalam perjalanan hujan turun lebat gak, nasib baik bila exit Tapah dah tak hujan..lega rasanya.. sampai kat atas, tempat pertama kami tuju ke ladang strawbery.. laili pun menunaikan hajat dihati nak petik strawbery.. lega aku dah tunaikan pemintaan dia nie.. kami pun borong la sikit strawbery untuk bawak balik. Lepas tu pegi makan ais krim strawberry.. sedapnyer.. layannn..

Kami pergi pulak ladang lebah.. takde pape pun yang menarik, kami pergi ke tempat shopping sayur-sayuran..apalagi, hidup terus kaum2 wanita yang aku bawak nie.. beli itu beli inie beli itu lagi.. then beli ini.. last2 aku jadi mangsa hantar barang masuk kereta.. Abis tu aku sorang Hero, yang lain heroin.. nasib-nasib.

Settle beli belah kami pun turun untuk balik ke rumah.. badan pun dah penat so slowly-slowly drive sambil layan wali band remix..henjut-henjut kepala yeehah.. Yang lain dah mengalunkan irama jazzzzzzzzZZZZZ nyer..krukkk krakkk.

Kisah Cinta Kami " Cinta Kolestrol" Bab 9

Scan...scan..scan... mana baby kamu nie????

Disebabklan jantina baby tak tau lagi sebab scan x nampak, aku bawa laili scan di klinik mesra. Kat klinik nie disediakan scan 4D, maknanye berwarna dan jelas juga. Yang bestnye doktor akan burn CD untuk kita simpan buat kenangan dan kos lebih kurang RM135. Kalau u all nak tau klinik mesra nie terletak kat Jenjarom, Banting Selangor. Try la wat scan kat sana, nanti leh simpan wat kenangan baby.Especially yg 1st baby.. mesti excited mcm kitaorg..

Doktor Rosdi sungguh mesra & baik sangat. Dia layan patient dengan berhemah. Scan..scan..sacn.. nampak laa baby dalam perut yg tengah tidur..sungguh pemalu baby aku nie.. dalam perut pun nak cover muka dengan tangannya.. doktor rusdi kata, anak ibu nie perempuan nie.. hahhh tengok nie, dia tunjukkan alat kelamin baby kami.. aha laaaa... alhamdulillah.. seperti yang diduga...

Kisah Cinta Kami " Cinta Kolestrol" Bab 10 Semakin hampir detik itu...

Pada awal bulan empat laili tena tahan wad kerana tekanan darah tinggi dia tiba2 over border line. Doktor kegemaran laili (Klinik Riki Baba) menasihatkan kami supaya pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan. So aku pun bawa laili ke hospital banting. Sampai disana laili dipanggil masuk untuk ambil tekanan darah & check keadaan kandungan di wad bersalin wad 1. Aku pun tunggu la kat luar wad 1 tu.tak lama kemudian nurse datang kepada ku dan menyerahkan borang daftar masuk wad..Hah?! kena tahan wad ker?? nurse yg baik tu pun cakap yer encik..

Aku pun buat pendaftaran masuk laili di kaunter pendaftaran. Yang syoknya kat hosp. banting nie, semua urusan mudah dan tak perlu pergi jauh2.. selepas laili dah salin baju hospital, aku pun balik ke rumah untuk mengambil barang2 keperluan, baju, kipas, bantal, charger HP dan macam2 lagilah. Malam tu aku lepak kat hospital sampai kul 1 pagi.. aku sembang dgn pakcik dan brother2 yg tunggu anak bersalin, ada yang tunggu isteri bersalin.. sembang-sembang dgn diaorg tak sedar masa dah lewat..aku pun balik sebab esok kerja.

Balik dari kerja, aku terus ke hospital, singgah Mc D beli big mac dan bubur ayam untuk laili..malam tu aku lepak lagi.. macam macam cerita & nasihat aku dapat dari mereka yg bergelar bapa. At least aku leh ambil ilmu..nanti senang la aku pratikkan kat anak sendiri.

Hari ke 4 laili discharge wad.. aku pun wat pembayaran.. aku terkejut sebab murah sangat.. cuma kena rm9 jer.. hahahah..bagus bagus.. perkhidmatan ok.. ubat yg terbaik, makan cukup..harga murah.. terima kasih nurse..terima kasih doktor !!Minggu depan aku plan nak buat kenduri mohon keselamatan untuk laili & baby.. aku cadang buat kat rumah orangtua kat banting. Bukan apa, besar sikit ruangnyer.. family aku pun besar.. tapi tak nak masak2..sebab penat nanti. oder katering jer.. senang & mudah. kalau dikira kos sama jer dgn masak sendiri.

Yang aku kesiannya, laili kena demam panas pada malam kenduri tuu.. panas sangat badan dia, aku takut akan effect kat baby. So laili banyak baring & berehat, adik beradik aku semua risau dengan laili, iyelah, masing masing dah jadi ibu, dah tau rasanye.. Kakak-kakak aku nie memang take care dengan laili, sampai laili menangis sebab terharu dgn keperihatinan diaorg. Laili ni anak perempuan sulung, so dia takde kakak, cuma ada abang.. so kakak2 aku nie umpama kakak kandung dia laa..

Esok nye, demam laili masih tak surut2, sekejap okay, sekejap lagi menggigil.. Pada 19042010 aku bawa pegi ke Hospital klang, diaorg cakap maybe suspek denggi.. lagi sekali kena tahan wad. Kali ni masuk wad 1 katil no 16... nasib-nasib..bulan april nie 2 kali laili kena tahan wad.. tapi kali ni tangan laili kena masuk air & antiboitik sebab suspek denggi. Aku pun asal dengar petua org tua nak surutkan denggi, mesti aku nak cuba.. Ada yg suruh masak sup ketam. Aku pun suruh mak mertua aku masakkan . petang pukul 5 aku kuar awal dari kilang, balik rumah mak ambik sup terus pegi hospital dengan penuh bersemangat.. Yelah nak bini cepat baik..

Boring ooo duk rumah sorang2..tidur pun sorang2, memang tak best!! Sampai kat hospital, aku bagi laili makan sup ketam..dia pun makan ketam 3 ekor dan hirup sup.. sampai nurse cakap,wahh banyaknyer makan ketam... HEHEHEH. Aku ingatkan keadaan semakin baik, tapi lain pulak yang jadi, keesokkan harinya doktor check air kencing laili tinggi Urin Asid..wallauweyy... apa sudah jadi ni.. last2 doktor kata kena paksa bersalin. Hari jumaat check baru buka 1cm, sabtu t.hari masuk ubat.. tapi cuma buka 2 cm jer.... malam masuk lagi ubat, tapi tak buka lagi... hari ahad pun sama, cuma petang pukul enam dah buka 4 cm..

Dalam tempoh nie, sakit akan datang sekejap-sekejap.. bila time sakit tu, laili akan pegang tangan aku sekuat hati.. mak aii sakitnyer.. aku hanya mampu membisikkan "sabar sayang" dan suruh dia mengucap & beristighfar banyak2.." Ya Allah banggggg..sakitnyerrrrr".. adakala air mata aku pun turut mengalir ketika melihat laili menahan sakit yg amat sangat, memang aku tak dapat tahan melihat penderitaan laili, aku dapat bayangkan kesakitan dia dari cengkaman tangan dia kat lengan aku.. kuat sangatttt22..

Patut lah Kasih ibu kepada anaknya tak akan sama seperti kasih seorang ayah.. kerana mereka yg menderita untuk melahirkan mereka ke dunia.. lebih-lebih hanya kami berdua bersama-sama hadapi detik ini.. mak aku dah takder, mak laili dah tak de kaki, so takde org tua yg nak beri nasihat.. cuma ada mak kepada rakan sekerja aku yg memang ambil berat tentang laili.. dia dtg bwak air selusuh, disapukan kat perut laili. Aku sungguh terhutang budi pada rakan aku & mak nye.. (Kak salmi & wawan tq tq tq very much..... dan adik-beradik yg tak jemu2 bertanya kabar dan keadaan laili ketika itu.. i love u all so much!!

Malam tu aku berkampung di hospital, malas nak balik rumah..manalah tau tetiba laili nak bersalin..aku pun lepak dgn kawan2 yang baru aku kenal kat depan bilik bersalin tu.. masing2 cemas tunggu bini nak bersalin.. diam seribu bahasa, aku yang memang kaki kepoh nie menegur salah seorang dari mereka, aku sembang dgn dia mcm dah kenal lama, orang sebelah aku pun jeling2 nak dgr cerita.. then aku pun menyapa sorang lagi.. at the end semua bersembang sama mcm kwn dah lama kenal.. hah kan best, hilang sikit boring dan risau..aku tak kira bangsa dan usia, yang penting bersembang..dari yg anak ke 7, ada yg anak first,mcm2 ada..

Masuk kul 2 pagi aku dah mengantuk sangat2..kawan2 aku semua dah tergolek kat lantai hospital,semua ikut aku tidur kat lantai, yelah, kat kerusi mana best tidur,sakit kepala wooo.. tapi aku pulak yg tak leh tidur, sebab takde bantal,,ahhh baik tidur dlm keta lagi best !! auntie guard tu ckp dgn aku.."adik pegi balik tidur dulu, tinggal no hp nanti saya call,siapa nama isteri adik?"..auntie ni memang baik dgn aku, mana taknyer,aku dah 11 hari kat hospital,dah jadi Penunggu dah..setiap hari ada jer benda aku beli untuk dia..aku pun bagi no hp aku kat auntie guard.. time tidur dlm keta ..tetiba hp aku bunyi.."adik, u punya wife sudah masuk bilik bersalin"..terbeliak biji mata aku..aku terus pergi ke wad bersalin, aku agak menyesal sebab tak dapat kucup dahi laili dan beri kata semangat sebelum dia masuk wad bersalin..at least dia berani & kuat semangat sikit.. aku banyak berzikir dan membaca surah Al-ikhlas banyak2 agar semuanya selamat..

Aku memang risau,perasaan aku tak menentu kerana aku teringat kata seorang doktor yang memeriksa laili, dia kata laili kena bersalin di Hospital Klang, jgn bawa ke private, sebab laili dikategorikan very high risk patient..dgn berat badan obess,mcm2 perkara boleh berlaku ketika bersalin..nak operate pun high risk.. Selang beberapa minit kemudian, seorang doktor memanggil aku, aku cemas!! Ya Allah, selamatkanlah isteriku dan bakal anak aku..

"Encik, kita terpaksa operate wife encik, kerana dia sudah lemah tak larat nak teran, kepala baby dah keluar separuh! kami dah cuba vakum tapi tak berjaya. Operation ni berisiko sebab takut baby lemas kerana wife u obess, takut bius lambat nak meresap..tapi kami akan melakukan yang terbaik, tapi apapun kami akan utamakan nyawa wife encik dahulu"

Aku kelu...."Doktor buatlah yang terbaik,saya percaya pada doktor" itu sahaja ayat yg mampu aku katakan..luluh jiwa aku.. kalaulah arwah mak masih ada, mesti dia ada disisi aku.. tapi aku keseorangan, aku perlukan teman untuk sokongan moral!! Laili ditolak keluar dari wad bersalin untuk dibawa ke bilik operation, oleh kerana hari ahad,operation tak dibuat di bilik bersalin kerana ramai doktor pakar cuti.. Allah SWT makbulkan doa aku untuk kucup dahi laili seblum bersalin, aku ambil kesempatan kucup dahi laili dan mengucapkan kata peransang padanya.."abg sayang ayang, ayang kuatkan semangat dan ingat Allah..maafkan abg tak dapat temankan ayang kat dalam bilik operation".. aku tengok laili angguk dan mengalirkan air mata.. aku pun tak dapat tahan air mata aku..aku memang sedih!! aku dapat rasa kesakitan dia waktu tu, kerana sepanjang dlm lif, dia cengkam lengan aku dengan kuat sangat!!

Diluar bilik operation, aku hanya berzikir Bismillahirahmanirrahim sebanyak mungkin, kerana aku percaya dengan kekuatan Kalimah Suci ini..hanya kepada Allah SWT aku panjatkan doa kerana DIA yang menentukan Qada' dan Qadar kita hambaNya.. pukul 4:15am, baby aku dibawa keluar menggunakan inkubutor kerana takut kesejukkan, nurse memanggil aku untuk melihat baby buat kali pertama.."baby apa encik?" " "Girl" jawab aku sepatah.. aku bersyukur kerana baby aku dah selamat.. mata dia celik memandang sekeliling buat kali pertama.. Alhamdulillah.. Isteri saya macamana nurse?? " Isteri encik masih dalam operation theater.. Ya Allah, selamatkan isteri ku.. doaku.

Tak lama kemudian doktor pakar pembedahn keluar, "Tahniah, isteri & anak encik selamat,dah tengok baby kan? Isteri encik masih kat dalam, dia okay jgn risau" Syukur kepada Allah SWT kerana semua selamat.. selepas doktor pergi aku melakukan sujud syukur..dalam pukul 5:20am laili ditolak keluar bilik operation menuju ke wad dimana baby aku dah ada kat sana

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" Bab11

Lahirnya Puteri Sulung Kami 26042010

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana telah mengkurniakan kepada kami seorang puteri yang sangat comel dan sempurna.. aku dan wife sepakat untuk menamakan puteri kami Nur Dania Danisya. Aku rasa macam tak percaya bahawa sekarang aku telah bergelar daddy.. tanggungjawab ku juga semakin bertambah.. aku perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi aku serta menjaga kesihatan sebaik mungkin supaya orang2 yg sangat aku sayangi dan cintai mendapat kehidupan yang sungguh sempurna.

Setelah laili dan baby di masukkan dalam wad 2, nurse telah memberi aku sebungkus beg yang mengandungi uri baby aku. Aku terus telefon ayah dan nenek di banting untuk mengetahui cara2 membersihkan dan menanam uri tersebut. Walaupun aku seorang yang geli dengan darah, namun aku tekad untuk mencuci dan menanam uri baby ku sendiri kerana aku ingin mengabadikan kenangan indah ini dalam memori hidup ku.

Sampai jer dirumah, aku terus memulakan operasi mencuci uri..dengan perlahan aku membuka bungkusan , cemas juga..macam mana la rupanyer ek?? jeng..jeng..jeng..la macam paru lembu jer... dulu time aku jual nasi lemak, aku selalu cuci paru nie..then aku pun cuci sambil mulut ku tak henti-henti membaca surah al-ikhlas.. tapi perlu diingat kepada semua , basuhlah dengan lembut dan cermat, kita anggap dia umpama baby kita yang masih lembut.. terus terang, aku bercakap-cakap dengan uri anak aku..aku cakap daddy mandikan adik, terima kasih terana temankan anak daddy dalam perut mummy..lepas nie daddy akan pakaikan baju yer... sebab aku percaya dia juga berhak mendapat kasih sayang daddy nyer..

setelah siap cuci, aku menggunakan lampin anak aku yang telah aku cuci terlebih dahulu untuk elakkan ruam.. aku tidak membeli kain putih di kedai kerana uri itu juga berhak merasa pakaian yang bersih setelah dibasuh.. aku balut dgn cermat kemudian aku masukkan dalam bekas yang telah aku tebuk-tebuk.. seterusnya aku tanam disebelah rumah aku.. orang dulu-dulu kata suruh letak jarum lar, pensil la dan macam2..tapi aku tak percaya.. kurafat..so aku cuma bacakan surah al-fatihah dan al-ikhlas..

Aku rasa sungguh bangga dgn diri aku sendiri kerana berjaya mencuci dan menanam uri anak aku sendiri.. at least aku boleh bercerita dgn anak aku bila dia sudah besar nanti.. setelah selesai aku ke kedai untuk membeli barang2 untuk masak lauk pantang laili. Oleh kerana laili akan pantang dirumah kami sendiri, so aku bertindak sebagai mak bidan yang akan menjaga laili dan baby. Hari ini aku akan masak sup ikan merah dan ikan bilis goreng balck papper.

Selelsai masak aku terus pergi ke hospital, laili mesti lapar sangat.. aku pun rindu giler nak tengok baby aku tu.. on the way ke hospital, laili call.."bang, budak ni tak hisap susu la..dia nangis aje sebab lapar".. aku cakap try perlahan-lahan, jap lagi abg datang.. sampai jer di hospital, terdengar suara anak aku menangis..tapi alahai..slow nyer..hek hek hek.. sopan giler nagis dia.. rupanyer dia tak pandai hisap puting wife aku.. aku takut gak, sebab baby kalau kurang menyusu senang kena kuning. Keesokkan harinya, wife aku dibenarkan pulang tapi baby kena tahan kerana kuning..huhuhuhu... wife aku tak henti2 menangis.. aku menenangkan diri lalili, aku cakap Allah nak kita rehat dulu setelah penat ulang-alik hospital.. ayang pun mesti penat sebab tak cukup tidur kan?? so jom kita rehat dulu, esok kita pegi hospital.. nasib menyebelahi aku.. keesokkan harinya baby aku dibenarkan keluar..seronok tak terkata..Syukur Alhamdulillah !!

Sepanjang termpoh berpantang, aku telah mengambil cuti 3 minggu tanpa gaji untuk jaga wife dan baby.. aku terpaksa berbuat demikian demi laili dan baby.. seronok =memang seronok tapi penat sangat.. pagi dah bangun untuk cuci baju laili dan baby, kemudian mandikan baby (seram jugak bila nak mandikan bby nie.. tapi kalau aku tak buat sape yang nak mandikan?), lepas tu masak untuk laili, lepas tu aku susukan baby kerana dia tak breast feed.. so terpaksa guna susu formula ( Anmum).. petang lipat baju dan mcam2 lagi, malam kena tidur awal sikit sebab baby aku akan bangun pukul 2 pagi dan 5 pagi minta susu.. nasib-nasib.. laili tak boleh banyak bergerak kerana luka dia ada jangkitan kuman dan bernanah. Aku nasihatkan kepada mereka yg lahirkan baby secara operation, jaga luka dengan betul, jika ada bau yang kurang enak, tengok betul2 kat luka, kerana jika ada bau bermakna ada nanah.. aku dah cium bau tu sebelum tu, tapi nurse yang datang rumah cuci luka kata takde pape..so aku pun percaya la.. sekali nak buka jahitan, nurse kat klinik kata ada jangkitan.. so aku dibekalkan segala peralatan mencuci luka dirumah.. aku lakukan sendiri di rumah setiap pagi, petang dan malam..

Pengalaman ini memang mengajar aku erti kehidupan dan jadikan aku kuat ... memang pengalaman yang menyeronokkan..kepada kaum adam, cubalah rasai dan nikmati saat begini, kerana ia terlalu indah dan mengajar kita erti tanggung jawab. Isteri kita dah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat untuk kita, tibalah masa untuk kita membalas jasa isteri kita.. cubalah.. jangan harapkan orang tua kita.. kerana pengalaman ini akan menginsafkan kita dan kita akan lebih sayang pada wife kita.. dan, anak kita akan sayang pada kita seperti dia sayang ibunya... percayalah..

Kisah Cinta Kami Cinta Kolestrol Bab 12

Alhamdulillah, Dania kurang meragam..

Dugaan menjaga laili berpantang dan menjaga dania dalam satu masa amat-amat memenatkan.. memang penat!! kerana semua perkara aku terpaksa buat sendirian. Ialah malam tak cukup tidur siang pulak tak cukup rehat. Tapi aku redha kerana inilah ujian dari Allah SWT untuk setiap Ibu Bapa.

Pada satu hari aku teringat pesan seorang kawanku yang paling banyak memberi kata nasihat tentang dunia dan akhirat. Pesan dia jika kita ada sesuatu permintaan kepada Allah SWT, doalah bersungguh-sungguh dan dimulakan dengan memohon keampunan kedua orang kita dan seterusnya barulah kita mohon apa yang kita mahukan.. cakaplah dengan Allah sejujurnya, kerana Allah suka dengan hamba-Nya. Dalam pada yang sama banyakkan baca surah Al-Ikhlas, jika boleh dalam sehari paling tidak 30 kali.. InsyaAllah semua kesulitan akan dipermudahkan.

So,aku pun berdoa pada Allah setiap malam agar anak aku tidur cukup dan lena pada waktu malam. Bukan apa, bila aku dah mula kerja aku rasa mcm tak larat nak bangun malam untuk beri susu pada dania.. Satu kejutan yang sungguh aku tak duga, dania tidak menangis minta susu pada waktu malam sejak umurnya genap 2 bulan. Serius!! hingga kini dania akan tidur lena sepanjang malam dan akan bangun pada pukul 7 pagi.. tapi pastikan ganti pampers dia sebelum tidur dalam pukul 11 atau 12 malam..

Sejak itu aku rasa lega sangat sebab dapat tidur cukup setiap malam. Aku ingin memberi sikit petua yang aku rasa boleh di terima pakai.. kerana aku dah pratikkan, jika korang dah tau jantina bby dlm kandungan, carikan nama yang korang suka. sejak itu selalu lah bercakap dan usap perut dengan memanggil nama dia.. dan bagi kaum adam, jika baca yassin, buat sekali air yassin, bagi isteri minum setiap hari sambil berdoa agar bby kita sihat dan selamat serta dijuahkan dari gangguan makhluk halus.

Ada sesetengah pendapat yang suruh letak yassin bawah bantal baby untuk elakkan gangguan syaitan, tapi aku tak percaya !! cuba korang bayangkan jika kita hanya meletak tapi tak membaca ..bagaimana syaitan nak takut.. sebagai contoh, setiap rumah ada Yassin, tapi kenapa makhlus halus masih boleh masuk rumah kita? kerana tidak dibaca kan?? itu aku fikir secara logik akal.. jadi caranya ialah, masukkan air yassin dalam susu yang kita bancuh. Insyaalah anak kita akan terhindar dari gangguan..Wallahualam..

Dan kesan dari perbuatan ku ini, dania amat manja dengan ku.. dan akan memalingkan muka kearahku bila dia nak tidur.. Jika dia menagis dirumah makcik or dirumahku sendiri, laili akan wat 3G call dan on the spot dania akan diam.. Jadi kepada kaum adam, tanamkan sifat sayang pada anak kita seperti mana ibunya menyayangi dia.. korang akan rasa nikmatnya. Bantulah isteri kita semampunya kerana tanggungjawab menjaga anak bukan terletak pada bahu isteri kita tetapi tanggungjawab bersama seperti mana isteri kita memikul tanggungjawab bersama-sama bekerja untuk mencari rezeki untuk menolong kita.

Kisah Cinta Kolestrol Bab 13

Bawa Dania nak hantar Jus Mate.. Hahaha

Disebabkan aku seorang pengedar HPM, aku terpaksa pandai membahagikan masa untuk kerja dan bisnes. Tugas aku menghantar Jus Mate akan bermula selepas pukul 8 malam untuk hari bekerja dan sepanjang hari untuk sabtu & ahad. Jadi jika aku perlu kerumah customer untuk hantar Jus Mate, aku akan bawa dania sekali, iye, sejak usia 2 bulan aku dah bawa dania..aku baringkan kat tilam di seat belakang dan aku kepung dengan bantal..Laili akan ikut jika dia kerja pagi, tapi jika dia kerja petang, aku pergi sendiri. Mulanya memang cemas sebab takut dania jatuh, tapi aku terpaksa kerana apa yang buat ini adalah untuk dia, aku perlu cari rezeki untuk membeli susu dan pampers dania.

Kadang kala aku menangis didalam hati ..kenapa aku mesti menyusahkan dania, dia sepatutnya duduk dirumah..dia terlalu kecil untuk merasai keperitan daddynye mencari rezeki. Seingat aku, dania pernah terjatuh dari seat belakang ke lantai sebanyak 2 kali kerana aku brek mengejut. Apalagi, menangis melalak lah dia.. aku pun teru stop keta kat tempat yg selamat, terus ambik dia dan aku urutkan dengan lembut sambil berbisik.."Maafkan daddy sayang..maafkan daddy"..time tu aku rasa bersalah sangat..Tapi aku memujuk hati , aku harapkan dania akan cekal & tabah seperti aku untuk mencari rezeki.. Jika aku keluar malam, paling awal sampai dirumah pukul 12 atau 1 pagi, baru lah aku terkedek-kedek nak solat dan tidur. Penat memang penat, tapi bila cukup time komisen keluar.. Happy giler..Berbaloi-baloi..

Biasanya bila komisen keluar tengah bulan, aku akan beli susu dania dan pempers untuk buat stok.. jadi aku tak risau.. pernah sekali makcik yang jaga dania hairan, "Nape farid beli pampers lagi? kan ada satu beg belum bukak.." O ye ker? aku baru teringat yang aku dah prepare stok..hahaha.."takpelah wak, senang ada spare..".. sebenarnya aku konfius, iyelah stok kat rumah lain, stok kat rumah pengasuh lain.. tu yang confuse..hihihi..dah tua, pelupa sikit..ermmm

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More