Pengasas

Pengasas
Hubungi Farid Sham 017-275 4645

14 Disember 2012

dR Rozmey Doc-K | Penyakit GOUT : Punca Penyakit Dan Kaedah Rawatan Tradisional & Moden


Sakit GOUT Pada Sendi Ibu Jari Kaki
 
 

GOUT !!.. GOUT !!.. & GOUT !!

Korang tahu tak asal –usul  Penyakit GOUT ni??


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Ciri Wajib GOUT >>> Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.

Bagaimana GEJALA GOUT ni ek??

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

4 Peringkat Gout Yang Perlu Korang Tahu !!

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

  1. asimptomatik
  2. akut
  3. interkritikal
  4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Rawatan TRADISIONAL

1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3.)Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya.Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu.



DOC-K : Rawatan  GOUT TERKINI Yang MUDAH & BERKESAN
  • Doc-K penemuan baru dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat. Pertama kali bertindak dengan 2 cara:
  • (i). Menghilangkan kesakitan
  • (ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak.
  • Sakit sendi yang manafaat dari pengamalan Doc-K seperti :
  • 1.Osteoarthiritis (OA)
  • 2.Rheumatoid Arthitis (RA)
  • 3.Gout
  • 4.Ankylosing Spondylitis
  •  
  • Kebanyakan sakit sendi adalah akibat kerosakan sendi dan juga keradangan sendi termasuk kemusnahan rawan sendi dan keradangan serta kecederaan urat, ligament dan tendon. Kerosakan rawan sendi dan ketumbuhan tulang sendi yg baru menyebabkan gerakan sendi menjadi sukar dan sakit.
  • Kerosakan dan kesakitan ini boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti kenaikan berat badan, kecederaan semasa bersukan atau kemalangan atau disebabkan oleh penyakit autoantibodi seperti Rheumatoid arthritis atau crystal uric acid dalam kes Gout.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More